Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Friday, April 29, 2005

REnUNgiLAh

Debu - Debu Dosa
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya


Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa


Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi


Lagu : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



Hayatilah lirik yang amat bermakna ini.. bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat..Jika kita melihat kepada Kisah Bilal bin Rabah.. betapa kagumnya kita kepadanya yang sanggup mengorbankan diri untuk hanya menyatakan Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah... Padahal beliau boleh sahaja hidup senang tanpa disiksa sebegitu rupa.. Betapa beliau benar2 beriman kepada kata2 Rasulullah... Tidak semua diantara kita mampu berada di tempat Bilal kalau dilihatkan kepada betapa berat nya siksaan yang dihadapinya.semoga, kita juga ditetapkan iman dan dapat berada dalam "ISLAM" (sebagaimana yang digariskan oleh Alquran dan sunnah)...

Monday, April 25, 2005

protokol ke sepuluh yahudi

PROTOKOL KE SEPULUH YAHUDI....mengandungi 8 perkara


1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah tapi boleh mengingati lagu Shah Rukh Khan yang panjangnya berdepa depa berjaya sudah Yahudi Hinggakita terfikir bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah, kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (tengok dari filem P Ramlee ). Syabas yahudi, berjaya lagi kamu....

4. ..Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss bukan yang bermain sahaja tak sembahyang yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton dirumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi sampai ada ulamak kata kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Mashaallah.

5. .. Fun..
Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah mungkin 99 adalah majalah hiburan. Kalau ada konsert (yg bercanggah dgn Islam) sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? kalau iklan Modess, perempuan adalah patutnya. Yahudi bersorak lagi.

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut di warnakan sembahyang pun tak sah malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi.

8. .. Food..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah Mc D, Kentucky, Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky rempahnya datang dari Amerika siapa nak pergi check halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur & ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

Thursday, April 21, 2005

Air mata Rasulullah s.a.w

Air mata Rasulullah s.a.w.



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannyamasuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat

aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

dipetik daripada Tranungkite.net

Ke manakah kita?



Sedar atau tidak, kita sebenarnya berhalatujukan kepada kiblat yang satu iaitu kaabah... satu akidah, menuju kepada satu matlamat iaitu untuk mendaulahkan syariat Allah di muka bumi ini.... Saya tertarik dengan kata2 ustazah saya ketika di sekolah dahulu ... semua umat Islam melaungkan azan dengan lafaz Allahhuakbar tak kira di mana kita berada samada di China, India or Malaysia.... Ini menunjukkan kesatuan yang dianjurkan oleh agama Islam.... Ini membuktikan Islam mampu menyatukan seluruh umat manusia... Islam pasti gemilang lagi!

Berbalik kepada isu kita iaitu umat islam sedang menuju kepada satu matlamat, kita sebenarnya telah diperdaya oleh pihak bukan Islam yang berjaya mencampuradukkan sibghah* Allah dengan benda2 yang bercanggah dengan Islam... Kita sudah dijajah dari segala sudut contohnya pemikiran, untuk selalu meletakkan benda yang priority yakni Islam, tidak pada tempatnya(zalim). Ingatlah Islam itu tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi daripadanya(ayat alquran).. Dan barangsiapa berpaling daripada Islam dia bukan sahaja rugi di dunia bahkan akhirat aidon*(juga). Rasulullah pernah menerangkan penyakit (alwahnu) yang bakal menimpa umat akhir zaman iaitu cintakan dunia dan takutkan mati... Ingatlah dari mana asal kita berasal kalau tidak daripada turab (tanah) ... amat hina kite berbanding tuhan Pencipta Rabbulalamin... Siapa lah sangat kita ini???

Persoalannya, hari ini mengapa kita masih lagi tidak sayangkan diri kita?... Ingatlah rasulullah pernah menangis kerana kita... di saat kewafatan baginda, Rasulullah menyebut ummati!ummati!ummati. Betapa Rasulullah menyayangi kita... Jika kita tidak menyahut seruan yang diwariskan Rasul Allah.... ini bererti kita tidak sayangkan Rasulullah s.a.w.... Yang lebih penting, beradalah kita dalam (sibghah)* celupan Allah kerana sebaik2 celupan itu adalah celupan Allah... maksud sibghah Allah mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya... Kegemilangan Islam itu terletak kpd diri kita... sejauh manakah kita berusaha untuk berada dalam celupan Allah...

semoga beroleh manfaat...ameen

Friday, April 15, 2005

Hawa Nafsu

Surah Al-Qaf

Allah berfirman , : Lemparkanlah olehmu berdua* ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala.(50;Ayat 24)

Olehmu berdua* dalam ayat ini merujuk kepada syaitan(dan sesetengah ulama’ menyatakannya sebagai nafsu) dengan ruh yang menghadap Allah ketika saling bertengkar menyalahkan each other ketika amalan2 dihitung ..kemudian Allah melemparkan mereka berdua ke dalam neraka sebagaimana dinyatakan di dalam ayat ke 27.. adakah kita masih setia untuk menjadi hamba kepada nafsu?

Yang sangat enggan melakukan kebajikan, melanggar batas lagi ragu-ragu(50;ayat 25)

Hakikat dunia yg dianggap syurga keseronokan ini adalah tidak kekal, ramai yang mengetahuinya tetapi seolah2 tidak ingin mengambil peduli(degil)... still tidak mahu mempercayainya dan berterusan mengamalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah... Susah sangat untuk berbuat kebaikan(amal ma'ruf nahi munkar)dan menjadi hamba kepada nafsu... Masih lagi ragu2 dengan janji Allah disebabkan terpedaya oleh janji syaitan... maka, ke mana kah kita menuju? syurga ataupun neraka, dan jika kita menamui ajal esok, lusa? sesungguhnya, kita tidak tahu... tanyalah diri masing-masing .. Allah juga telah berfirman berlakunya kerosakan di muka bumi ini disebabkan oleh tangan manusia... yang tidak mengikut petunjuk Allah

Yang menyembah sembahan yang lain berserta Allah, maka lemparkanlah dia ke dalam siksaan yang sangat dahsyat.(50; Ayat 26)

Sembahan di sini boleh diertikan sebagai nafsu( mungkin terhadap duit, berhala, makan, minum dan dan lain2)*berlebihan dan menjadi hamba kepada syaitan. Ini juga boleh di ambil pengajaran bahawa segala benda2 lain yang bertentangan dengan Alquran dan hadis dijadikan sebagai tuhan(idola) adalah tidak dibenarkan oleh Dia. Sudah jelas tentang balasan yang dinyatakan di dalam Alquran terhadap orang yang mengikut hawa nafsu.

Yang menyertai dia(syaitan) , berkata pula , “ Ya Tuhan kami aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh. (50; ayat 27)

Pada hari amalan manusia dihitung, Allah tidak mahu melihat pertengkaran antara roh dan (syaitan or nafsu) kerana hal ini telah diperingatkan di dalam Alquran dan assunnah. Kenapa kita masih degil?? Kita adalah hamba ... Jadilah kita raja kepada nafsu yang mengikut perintah Allah, bukannya hamba kepada kepada nafsu bak binatang yang tak berakal..

Monday, April 11, 2005

belaian ibu

Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records


lirik nasyid yang amat mendalam maknanya... bg insan yg kita sgt sayang... Tiada balasan setimpal utk ibu terhadap berjuta pengorbanan yg telah dicurahkan... semoga kita merenung kembali kesalahan yg mungkin telah kita lakukan terhadap ibu. samada sedar ataupun tidak. namun , ketika kita semua bergembira bersama keluaga mungkin ada insan yg berduka mengenangkan ibu yg telah tiada..... siapa tidak sayangkan ibu. semoga kita selalu berusaha mentaati ibu selagi mana perintah itu tidak bertentangan dgn perintah Allah....

Sunday, April 10, 2005

Jauhilah.....

Tiada org ingin menamakan dirinya dengan nama munafik dan jika dia dipanggil munafik maka marahlah orang itu... Betapa keji dan hinanya munafik dr pandangan mata kasar manusia. Tetapi di hati Allah sahaja yang mengetahui, semoga kite dijauhkan drpd sifat ini..siapakah orang munafik ... Allah menerangkan di dalam Al-quran di dalam surah Al-Baqarah tentang orang munafik ini sebagai org yg bermain2 ttg iman.. Orang yg diluarnya beriman kepada Allah tetapi di hati membenci Islam... Sifat ini samalah seperi talam dua muka... Namun, kita mungkin boleh menipu mmanusia namun, pencipta kita Maha mengetahui... Seharusnya jika kita berikrar beriman kepada Allah kita perlu yakin dengan hati tentang segala janji Allah termasuklah syurga dan neraka...

Ada pepatah Arab yg mengatakan

Dunia itu sampah sarap yang mengejarnya ialah anjing ....

Betapa hinanya mereka yg mengejar keduniaan jika digambarkan dalam kata2 ini.... kita seharusnya wasatiah dalam mengejar semua itu...Kisah yang terkenal mengenai Imam Hambali dinyatakan pernah dipenjarkan selama 4 kali pemerintahan raja demi mengajak orang kepada islam ... beliau juga diceritakan bersembahyang sebanyak 300 rakaat walaupun ketika itu dirotan.... dan Imam Ahmad Khuzai pula sanggup digantung kepala kerana Islam. Ketika ingin digantung beliau masih lagi sempat membaca al-quran.. namun, kita?? Tepuk dada tanya iman... Ingatlah sesungguhnya yang baik itu utk yg baik dan sebaliknya....

Ingatlah iman itu terdiri daripada 3 komponen....

- yakin di hati
- berkata dengan lidah
- membuat apa yg disuruh dan meninggalkan laranganNya..

Antara sifat munafik yang selalu diperkatakan ialah

- apabila bercakap dia bohong
- berjanji tidak amanah
- diberi amanah dia khianat

Antara cara2 untuk menjauhakan diri daripada sifat munafik ialah...
- Mintak daripada Allah kasihkan kita supaya kita selalu berada di bawah rahmatnya
- Mengikut segala suruhan Allah dengan penuh rasa keikhlasan kepadanya
- Jangan berkata tapi tidak melakukannya

Oleh itu, kita harus memantapkan iman kita dan menjauhkan diri daripada perkara yg tidak disukai oleh Allah. Betapa ruginya kehidupan orang munafiq yg akan menghuni neraka yg paling bawah.... na’uzubillah...

Muhasabahlah diri kita dan semoga kita berada di dalam golongan yg sentiasa hatinya cenderung kepada Allah... swt

Thursday, April 07, 2005

pemuda harapan agama

Akum...

Kali ini aku nak post kan sajak yg aku cipta sendiri... khas untuk insan yg bergelar pemuda(arrijal). hayatilah!

Pemuda


Pemuda harapan AGAMA,
melangkah gagah menuju ke destinasi,
yang kekal abadi di jannatul firdausi,
Dengan aqidah yg satu,
Menuju ke hadrat ilahi...

mereka adalah pejuang,
membina jati diri,

Ada apa dengan pemuda?
Mereka berlari bersama obor perjuangan yg sedang membara
membawa nama Islam....
Tidur tak lena,
memikirkan seribu mcm bahaya yg menimpa umat islam...
Menggapai matlamat berteraskan al-quran dan sunnah,

Pemuda
adalah barisan hadapan....
Membina diri dgn takwa kepada ilahi,
Menjadi insan yg patuh kpd Arrhman & Arrahim,

Pemuda harapan ISLAM,
Tangan mereka mampu merubah dunia,
Andai mereka sanggup berjalan , berlari,
Merentasi duri yg memenuhi setiap langkah mereka,
Meniup semangat kebangkitan ISLAM,

Pemuda
Di bahumu terletaknya panji ISLAM,
Bangkitlah dan terus mara,
Tenagamu jgn dipersia...
Semarakkan lah semangatmu demi agama tercinta...


shahir 05

Monday, April 04, 2005

Luahan hati

Assalamualaikum....

kasih yg abadi adalah sebenarnya datangnya daripada tuhan pencipta alam yg rahman dan rahim. kebahagian pula tak akan dapat dirasai tanpa keizinan dan belas kasihan daripadanya...Allah itu maha adil dan kasih kepada org yg bertaqwa kepadaNya.. so, siapa yg ingin mengharap sesuatu pohonlah daripadaNya. Tp, sekarang ini manusia lebih sayangakan harta drpd memberi bantuan kepada org yg memerlukan dan mnghina2 sehina-hinanya anak yatim. di dalam alquran Allah menyelar manusia yg berkedudukan tetapi tidak menghiraukan nasib anak yatim...


surah Al fajr
ayat 17

maksudanya:

Sekali-kali kamu sebenarnya tidak memuliakan anak yatim


ayat 18

dan kamu tidak saling mengajak memberi makan terhadap org miskin


dengan nikmat yg Allah kurniakan... sepatutnya disedekahkan kepda org yg memerlukan.. Allah memberikan kekayaan atau kemiskinan sebagai satu ujian bagi org Islam.. so, islam mengajar kita akan sikap tlong-menolong antara satu sama lain...
jadilah kamu org yg membuat kebaikann di jalan Allah. dan janganlah kamu bakhil akan ilmu Allah kerana itu semuanya adalah kurnian dari Allah s.w.t

wasalam

Friday, April 01, 2005

pengalaman adelah emas dlm murabbi kehidupan

Assalamualaikum...

posting kali ini aku ingin berbicare mengenai sedikit pengalaman lepas yg telah mengajarku erti kehidupan...

Semalam ade seorang sahabat bertanye ttg kisah silamku... aku berceritakan ttg kisah lampau ku yg pade satu ketika hanyut di dasar daratan yg luas. Bumi anugerah Allah ini terlampau luas dan indah.. kekadang manusia itu berada pada jalan yg betul, kekadang tidak... tibe2 ku terpikir siapekah sebenarnye insan bergelar manusia seperti aku... namun, aku masih lg tido dengan nenyak bersama arus deras yg mungkin menjadi petunjuk ke jalan yg batil... siapekah yg sanggup menegurku ketika aku dibaling2 oleh ombak2 yg menderu + angin sepoi2 bahase. Siapekah aku?? akupon masih lg tertarik kepada mende2 yg memberikan kpd kehebatan di dunia. Perasaan utk mendekati cinta hakiki makin lenyap dikalbu yg sentiase mengharapkan rahmat dan kasihNye... Jiwa makin kosong... Aku kebingungan... Namun ku bersyukur... Dgn keizinan dan inayahnye aku dipimpin oleh pokok2 dan dahan2 yg mantap.. ttp ku harus ingat tak selalunye pokok itu segar dan dahan itu kuat... ku patut mencari pegangan oleh satu kuase yg maha hebat....


Durani

Hadirmu wahai teman
Memberi kekuatan
Dikala ku perlukan sokongan dan bantuan
Didalam kesulitan engkau tunjukkan jalan
Tiada kata utk ku lafazkan

Kiranya ku aur engkau adalah tebing
Itulah hakikat kita saling perlukan
Inilah persahabatan anugerah tuhan
Untuk hamba yg inginkan kebahagian

Hubungan terjalin dgn diri terpimpin
Persengketan adalah dugaan
Dengan iman dihati amalan dibaiki
Terjalinlah satu ikatan murni

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami