Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Thursday, April 21, 2005

Ke manakah kita?



Sedar atau tidak, kita sebenarnya berhalatujukan kepada kiblat yang satu iaitu kaabah... satu akidah, menuju kepada satu matlamat iaitu untuk mendaulahkan syariat Allah di muka bumi ini.... Saya tertarik dengan kata2 ustazah saya ketika di sekolah dahulu ... semua umat Islam melaungkan azan dengan lafaz Allahhuakbar tak kira di mana kita berada samada di China, India or Malaysia.... Ini menunjukkan kesatuan yang dianjurkan oleh agama Islam.... Ini membuktikan Islam mampu menyatukan seluruh umat manusia... Islam pasti gemilang lagi!

Berbalik kepada isu kita iaitu umat islam sedang menuju kepada satu matlamat, kita sebenarnya telah diperdaya oleh pihak bukan Islam yang berjaya mencampuradukkan sibghah* Allah dengan benda2 yang bercanggah dengan Islam... Kita sudah dijajah dari segala sudut contohnya pemikiran, untuk selalu meletakkan benda yang priority yakni Islam, tidak pada tempatnya(zalim). Ingatlah Islam itu tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi daripadanya(ayat alquran).. Dan barangsiapa berpaling daripada Islam dia bukan sahaja rugi di dunia bahkan akhirat aidon*(juga). Rasulullah pernah menerangkan penyakit (alwahnu) yang bakal menimpa umat akhir zaman iaitu cintakan dunia dan takutkan mati... Ingatlah dari mana asal kita berasal kalau tidak daripada turab (tanah) ... amat hina kite berbanding tuhan Pencipta Rabbulalamin... Siapa lah sangat kita ini???

Persoalannya, hari ini mengapa kita masih lagi tidak sayangkan diri kita?... Ingatlah rasulullah pernah menangis kerana kita... di saat kewafatan baginda, Rasulullah menyebut ummati!ummati!ummati. Betapa Rasulullah menyayangi kita... Jika kita tidak menyahut seruan yang diwariskan Rasul Allah.... ini bererti kita tidak sayangkan Rasulullah s.a.w.... Yang lebih penting, beradalah kita dalam (sibghah)* celupan Allah kerana sebaik2 celupan itu adalah celupan Allah... maksud sibghah Allah mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya... Kegemilangan Islam itu terletak kpd diri kita... sejauh manakah kita berusaha untuk berada dalam celupan Allah...

semoga beroleh manfaat...ameen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami