Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Sunday, April 10, 2005

Jauhilah.....

Tiada org ingin menamakan dirinya dengan nama munafik dan jika dia dipanggil munafik maka marahlah orang itu... Betapa keji dan hinanya munafik dr pandangan mata kasar manusia. Tetapi di hati Allah sahaja yang mengetahui, semoga kite dijauhkan drpd sifat ini..siapakah orang munafik ... Allah menerangkan di dalam Al-quran di dalam surah Al-Baqarah tentang orang munafik ini sebagai org yg bermain2 ttg iman.. Orang yg diluarnya beriman kepada Allah tetapi di hati membenci Islam... Sifat ini samalah seperi talam dua muka... Namun, kita mungkin boleh menipu mmanusia namun, pencipta kita Maha mengetahui... Seharusnya jika kita berikrar beriman kepada Allah kita perlu yakin dengan hati tentang segala janji Allah termasuklah syurga dan neraka...

Ada pepatah Arab yg mengatakan

Dunia itu sampah sarap yang mengejarnya ialah anjing ....

Betapa hinanya mereka yg mengejar keduniaan jika digambarkan dalam kata2 ini.... kita seharusnya wasatiah dalam mengejar semua itu...Kisah yang terkenal mengenai Imam Hambali dinyatakan pernah dipenjarkan selama 4 kali pemerintahan raja demi mengajak orang kepada islam ... beliau juga diceritakan bersembahyang sebanyak 300 rakaat walaupun ketika itu dirotan.... dan Imam Ahmad Khuzai pula sanggup digantung kepala kerana Islam. Ketika ingin digantung beliau masih lagi sempat membaca al-quran.. namun, kita?? Tepuk dada tanya iman... Ingatlah sesungguhnya yang baik itu utk yg baik dan sebaliknya....

Ingatlah iman itu terdiri daripada 3 komponen....

- yakin di hati
- berkata dengan lidah
- membuat apa yg disuruh dan meninggalkan laranganNya..

Antara sifat munafik yang selalu diperkatakan ialah

- apabila bercakap dia bohong
- berjanji tidak amanah
- diberi amanah dia khianat

Antara cara2 untuk menjauhakan diri daripada sifat munafik ialah...
- Mintak daripada Allah kasihkan kita supaya kita selalu berada di bawah rahmatnya
- Mengikut segala suruhan Allah dengan penuh rasa keikhlasan kepadanya
- Jangan berkata tapi tidak melakukannya

Oleh itu, kita harus memantapkan iman kita dan menjauhkan diri daripada perkara yg tidak disukai oleh Allah. Betapa ruginya kehidupan orang munafiq yg akan menghuni neraka yg paling bawah.... na’uzubillah...

Muhasabahlah diri kita dan semoga kita berada di dalam golongan yg sentiasa hatinya cenderung kepada Allah... swt

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami