Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Monday, May 30, 2005

Kiamat yg tak menunggu sesiapa...

JANGAN KITA TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA
Posting untuk Mirul, some of these probably relevant

Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini
Dan buatlah persiapan untuknya….

.
Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya)sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan
Akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat
Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa
bumi"(Hadis Riwayat Bukhari)
Jikalau dilihat point ini quite relevant dengan situasi sekarang di Jepun, Indonesia selalu diberitakan dengan gempa bumi.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa
bumi"(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun
Kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina
Diantara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para
Sahabat terdahulu).Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah
Atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"(Hadis
Riwayat At-Tirmidzi)

Inilah sedikit sebanyak yang dapat aku postkan mungkin ade yg relevant dengan peristiwa kiamat yang Mirul nak… tapi yang paling penting kita mesti beringat kiamat ni dah hampir seperti yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w di mana jarak masa Baginda dengan kiamat ialah antara dua jari sahaja. So, kita dah sebenarnya makin lagi hampir… Bagus juga kite selalu ingat akan mati nie or ttg kiamat… sebab ia dapat menambah kan iman kita… dan takut kepada Allah… kita orang islam hendaklah wajib beriman kepada hari kiamat. Tapi kita perlu sentiasa beringat….. kita beriman kepada Allah s.w.t bukan sebab hari kiamat itu ttp kerana Allah itu sendiri… Dialah yang menciptakan kita dan maha mengetahui akan segala sesuatu… lastly my fren Mirul, amik la ape yg baik daripada posting nie… Masih belum terlambat lg utk kita lakukan sesuatu, tp once its gone, no turning back…

Wednesday, May 18, 2005

ketenangan hati

dah lame rasenye tak update blog....:)

thanx untuk 123 memperingatkan hambe...
kali ini, jus nakberkongsi article yang sangat menarik saya pikir dipetik daripada Rufaqa.com...


Amalan berzikir itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu.

Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.

Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan.

Dibawakan contoh, katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin. Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. “InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”, kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.

Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan. Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit.

Soalnya adalah sejauhmana kuat hubungannya dengan Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.

Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah. Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan.

Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu. Hatinya boleh berkata, “tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.

Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan. Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama.

Sekian. Terima kasih.Wassalam.semoga article ini dapat menambah iman kite terhadap yang maha Penyayang... dan selalu diberi inayah olehnye.......ameen

Thursday, May 05, 2005

kekurangan pada manusia

Assalamualaikum w.bt

Posting kali ingin mengajak teman2 sekalian berfikir sejenak kekurangan pada diri kita sebagai insan... dalam minggu ini aku belajar tentang theory market efficiency dlm subject finance... aku dapati semua theory yg dicipta spt CAPM n Empirical evidence... tidak complete dan ade shj kekurangan yg boleh dipertikai.. aku pon tertanye mengapakah aku harus blaja mende yg macam tak betul nie.. when theory tak btol, mcam mane nak apply.. btol tak? tp aku bertanye kepada kawan aku.. pasal mende ini.. Alhamdulillah jawapan dia nobody's perfect, hanye Allah itu sempurna dan menyempurnakan.. so, ape yg datang dari manusia itu mesti ade kekurangan ...aku pikir2 balik.. apepon,kesimpulan yg boleh diambik ialah manusia itu banyak kekurangan yg mmg memerlukan kebergantungan kita kepada Allah... the best way is not by jus talking but make it as practical.insyaAllah. semoga kita bersame2 selalu muhasabah diri ini...sejauh mane kite bergantung hidup kite sehari2 kpd yang maha Esa...

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami