Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Friday, April 29, 2005

REnUNgiLAh

Debu - Debu Dosa
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya


Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa


Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi


Lagu : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



Hayatilah lirik yang amat bermakna ini.. bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat..Jika kita melihat kepada Kisah Bilal bin Rabah.. betapa kagumnya kita kepadanya yang sanggup mengorbankan diri untuk hanya menyatakan Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah... Padahal beliau boleh sahaja hidup senang tanpa disiksa sebegitu rupa.. Betapa beliau benar2 beriman kepada kata2 Rasulullah... Tidak semua diantara kita mampu berada di tempat Bilal kalau dilihatkan kepada betapa berat nya siksaan yang dihadapinya.semoga, kita juga ditetapkan iman dan dapat berada dalam "ISLAM" (sebagaimana yang digariskan oleh Alquran dan sunnah)...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami