Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Friday, April 15, 2005

Hawa Nafsu

Surah Al-Qaf

Allah berfirman , : Lemparkanlah olehmu berdua* ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala.(50;Ayat 24)

Olehmu berdua* dalam ayat ini merujuk kepada syaitan(dan sesetengah ulama’ menyatakannya sebagai nafsu) dengan ruh yang menghadap Allah ketika saling bertengkar menyalahkan each other ketika amalan2 dihitung ..kemudian Allah melemparkan mereka berdua ke dalam neraka sebagaimana dinyatakan di dalam ayat ke 27.. adakah kita masih setia untuk menjadi hamba kepada nafsu?

Yang sangat enggan melakukan kebajikan, melanggar batas lagi ragu-ragu(50;ayat 25)

Hakikat dunia yg dianggap syurga keseronokan ini adalah tidak kekal, ramai yang mengetahuinya tetapi seolah2 tidak ingin mengambil peduli(degil)... still tidak mahu mempercayainya dan berterusan mengamalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah... Susah sangat untuk berbuat kebaikan(amal ma'ruf nahi munkar)dan menjadi hamba kepada nafsu... Masih lagi ragu2 dengan janji Allah disebabkan terpedaya oleh janji syaitan... maka, ke mana kah kita menuju? syurga ataupun neraka, dan jika kita menamui ajal esok, lusa? sesungguhnya, kita tidak tahu... tanyalah diri masing-masing .. Allah juga telah berfirman berlakunya kerosakan di muka bumi ini disebabkan oleh tangan manusia... yang tidak mengikut petunjuk Allah

Yang menyembah sembahan yang lain berserta Allah, maka lemparkanlah dia ke dalam siksaan yang sangat dahsyat.(50; Ayat 26)

Sembahan di sini boleh diertikan sebagai nafsu( mungkin terhadap duit, berhala, makan, minum dan dan lain2)*berlebihan dan menjadi hamba kepada syaitan. Ini juga boleh di ambil pengajaran bahawa segala benda2 lain yang bertentangan dengan Alquran dan hadis dijadikan sebagai tuhan(idola) adalah tidak dibenarkan oleh Dia. Sudah jelas tentang balasan yang dinyatakan di dalam Alquran terhadap orang yang mengikut hawa nafsu.

Yang menyertai dia(syaitan) , berkata pula , “ Ya Tuhan kami aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh. (50; ayat 27)

Pada hari amalan manusia dihitung, Allah tidak mahu melihat pertengkaran antara roh dan (syaitan or nafsu) kerana hal ini telah diperingatkan di dalam Alquran dan assunnah. Kenapa kita masih degil?? Kita adalah hamba ... Jadilah kita raja kepada nafsu yang mengikut perintah Allah, bukannya hamba kepada kepada nafsu bak binatang yang tak berakal..

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

very interesting - YaYa

11:26 PM  

Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami