Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Wednesday, March 30, 2005

Mati yg tak mengenal usia dan boleh berlaku bile2 mase shj

Akum,

Ibn Majah pernah berkata drpd Rasulullah s.a.w orang yg paling bijak di antara kamu ialah org yg selalu mengingati mati.... bile kite ingat akan kematian kite then kite akan selalu mengingati Allah (si samping membuat kerje dunia) lagipon org yg selalu mengigati akan kematian adalah org yg selalu berfikir utk hari akhirat dan ttg syurga dan neraka. Mereka berfikir lg jauh drpd ordinary people yg hanye nak memenuhi tuntutan dunia..ingatlah wahai teman, Dunia adalah sementara dan merupekan titian menuju ke dunia yg kekal abadi... Alangkah ruginye jike kite memilih dunia sedangkan Allah telah memberitahu dalam Alquran ttg ganjaran yg bakal diterima oleh penghuni syurga... Bidadari syurga adelah utk lelaki yg tunduk patuh pd perintahnye dan meninggalkan laranganye as well as menjalankan amal ma'ruf nahi munkar...

INi pule adelh etikan daripada Berita Harian 31 March 2005.. Semoga dengan peristiwa yg melanda akan mejadikan kite insan yg lebih bertaqwa kepade Nye... wslm


- Berita Nasional -


Gempa: Suami isteri terperosok dalam lubang tiga meter



Abdul Razak menunjukkan rumahnya di Kampung Cabang Dua, Kuala
Dipang, Kampar yang ranap akibat tanah mendap
dipercayai berpunca daripada gempa bumi di utara
Sumatera. – Gambar oleh Syaharim Abidin


KAMPAR: Sepasang suami isteri cedera selepas terperosok ke dalam lubang mendap yang turut meranapkan sebahagian rumah mereka, dipercayai akibat gempa bumi di utara Sumatera.

Kejadian itu berlaku di Kampung Cabang Dua, Kuala Dipang, dekat sini, kira-kira jam 12.40 pagi semalam.


Norsahrizan sempat jerit suruh
anak selamatkan diri.

Abdul Razak Samsudin, 44, yang bertugas dengan Telekom Malaysia di Ipoh dan isterinya, Norsahrizan Abd Mutalib, 45, terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira tiga meter dan dua meter lebar, ketika meluru keluar dari bilik tidur selepas mendengar bunyi pelik serta jeritan seorang daripada tiga anak mereka yang melihat kejadian lubang mendap itu.

Lubang mendap pertama itu betul-betul di hadapan pintu bilik mereka di tingkat bawah rumah dua tingkat, diikuti lubang mendap kedua yang meranapkan kereta mereka dan merosakkan sebahagian besar lantai serta dinding hadapan rumah.

Lubang ketiga sedalam lima meter dan 10 meter lebar merosakkan dapur dan bilik mandi. Tiga lagi lubang mendap termasuk yang bersambung dengan kawasan paya berlaku di belakang dan tepi rumah berkenaan.

Norsahrizan menerima tiga jahitan di betis kiri, cedera di ibu jari kaki sama serta kecederaan kecil lain di badan, manakala Abdul Razak cedera bawah tapak kaki.

Tiga anak mereka, Nurul Afikah, 10; Nurul Izah, 13, dan Nurul Hidayah, 14, bagaimanapun tidak cedera, manakala anak sulung pasangan itu, Nurul Farhana, 19, kini menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gegaran akibat gempa bumi di utara Sumatera yang berlaku kira-kira 30 minit sebelum itu, yang turut dirasai di banyak kawasan di negeri ini.

Sebelum ini, kejadian tanah mendap termasuk bersaiz kolam renang Olimpik berlaku kira-kira dua kilometer dari kawasan rumah mereka, juga selepas gempa bumi yang mengakibatkan tsunami pada 26 Disember lalu.

Abdul Razak ketika menceritakan detik cemas itu berkata, dia dan isterinya meluru keluar dari bilik apabila mendengar bunyi lantai bergegar dan retak selain pekikan Nurul Izah.

“Sebaik keluar dari bilik, kami terus jatuh dalam lubang yang mulanya pada paras dada dan menjadi semakin dalam. Dalam keadaan panik kami menjerit supaya anak kami menyelamatkan diri.

“Saya mengangkat dan menolak isteri saya keluar dari lubang itu. Selepas itu saya meminta Nurul Izah membuang kerusi ke dalam lubang untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, mendapan itu berlaku begitu pantas dan menyebabkan kerugian lebih RM70,000.

“Kami hanya sempat mengambil beberapa barang dan dokumen penting. Kami juga sempat mengalihkan sebuah kereta dan motosikal.

“Kami kini menumpang di rumah ibu bersebelahan rumah kami dan akan mencari rumah sewa,” katanya.

Norsahrizan yang bertugas di Hospital Batu Gajah lega kerana semua ahli keluarga mereka selamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Nurul Izah yang ditemui di rumah ibu saudaranya di Kampung Tersusun Batu 22, beberapa kilometer dari tempat kejadian berkata, dia menjerit sekuat hati apabila melihat jubin rumah retak diikuti pembentukan lubang.

“Selepas ibu bapa saya jatuh ke dalam lubang itu, lubang terus membesar, malah tanah sekelilingnya terus runtuh hingga saya terpaksa berundur.

“Ketika itu saya sedih melihat ibu bapa saya kerana saya sangka mereka akan tertimbus dalam lubang itu. Saya juga ngeri apabila melihat akar pokok dalam lubang itu,” katanya.

Tuesday, March 29, 2005

Pahaman Islam Liberal perlu dibendung

Assalamualaikum,

Pertame-tamenye, jika kita melihat zaman muta'khir ini, dunia dikejutkan dengan pelbagai peristiwa2 pelik. Antaranye ialah Ameena, seorang wanita telah mengimamkan solat jumaat di US. Sedangkan perkara ini adalah bertentangan dengan Islam... Org barat pula yg dinaungi oleh Yahudi dab kristian, tentulah gembira jika melihat perkara sedimikian.. Kiter mesti bangkit dari tidur!!! Perlu muhasabah diri dgn Selalulah bertanye, siapakah kite? dah apekah matlamat kite diutuskan di muka bumi ini... kite sebenarnye adelah abdullah(hamba Allah) dan matlamat kite diutuskan di muke bumi ini adalah utk mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannye... mema'murkan bumi(dengan saling tegur menegur antare satu same lain jike ade kesilapan dilakukan)... sanggup kah kiter berdiam diri melihat kemungkaran dan kemaksiatan terus berleluase? tepuk dade tanyelah iman masing2.. di bawah ini merupakan satu article yg dipetik dr Harakahdaily ttg penyebaran islam liberal dan da'wah. Semoga kite beroleh manfaat darinye! amin!



Oleh DR DANIAL ZAINAL ABIDIN(Harakahdaily)

Berdakwah adalah wajib bagi lelaki dan wanita dan tidak akan ada kecemerlangan bagi umat tanpa dakwah. Dalam surah At-Taubah ayat 71 Allah berfirman, maksudnya: “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.” Dakwah adalah sebahagian daripada jihad. Dakwah bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Imam Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud: “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”

Ketika mencegah kemungkaran kadar minimum yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Dalam kitab Dalilul Falihin telah disebutkan: “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan jika seseorang mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang reda dengan mungkar bererti dia bersekongkol dengannya.”

Sebahagian umat Islam pada hari ini memejamkan mata mereka dari kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat. Lorong hidup mereka hanya menghubungkan mereka kepada rumah dan tempat kerja sahaja.

Di tempat kerja pula mereka hanya menjadi pak turut walaupun dalam perkara yang jelas bercanggah dengan Islam. Mereka berpegang kepada konsep ‘kubur kamu, kamu jaga dan kubur aku, aku yang jaga.’

Sahabat Talhah bin Ubaidillah pernah berkata, “Cukuplah menjadi keaiban pada seseorang jika dia sekadar duduk diam di rumahnya sahaja.” Perkara ini disebutkan di dalam Tabaqat ibn Saad.

Mereka yang meninggalkan dakwah tidak akan cemerlang kerana azab Allah akhirnya akan menimpa mereka. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, nabi bersabda: “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Hadis ini bertaraf hasan.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud: “Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi, ‘Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku bertanya lagi, ‘Apakah asap itu ya Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.”

As-Syeikh Said Hawa dalam Al-Madkhal Ila Dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimin mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’ berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya pendakwah-pendakwah di pintu neraka.”

Salah satu aliran yang sedang menyerang dunia hari ini ialah Islam Liberal. Aliran ini menghendaki Islam ditafsirkan secara yang lebih terbuka dan bebas tanpa terikat kepada manhaj atau landasan yang bawa oleh nabi dan ulama salafusaleh.

Antara ciri yang terdapat pada aliran ini ialah:

1. Kesamaan agama. Islam adalah agama yang benar tetapi agama lain yang mengajar konsep ketuhanan dan kebaikan juga adalah benar.

2· Tafsiran Al-Quran perlu bebas. Wahyu mempunyai dua kategori iaitu yang bertulis dan tidak bertulis. Wahyu yang tidak bertulis ialah akal, justeru akal perlu dibebaskan untuk mentafsir Al-Quran.

3· Nabi manusia biasa. Nabi adalah manusia biasa yang boleh tersilap justeru baginda boleh dikritik. Sunah nabi hanya relevan untuk masyarakat Arab di zaman dahulu. Mukjizat nabi hanyalah cerita rekaan manusia yang kemudiannya diagung-agungkan.

4· Hadis tidak lagi relevan. Hadis-hadis tidak berasal dari nabi. Ia hanyalah ciptaan orang-orang yang ada kepentingan. Hadis yang benar hanyalah yang bertaraf mutawatir. Namun kebenarannya hanya sesuai untuk diamalkan oleh orang Arab pada zaman nabi. Hadis-hadis yang berkaitan dengan alam ghaib seperti azab kubur dan israk-mikraj hanyalah cerita rekaan yang dibuat oleh perawi-perawi hadis.

Antara pelopor Islam Liberal yang terkenal di Timur Tengah ialah Rifaat Bik Al-Tantawi, Taha Husein, Ali Abdul Raziq, Mahmud Abu Rayya dan Ahmad Amin.

Di Indonesia pula mereka ialah Harun Nasution, Nurcholis Majid dan Nasaruddin Umar. Pada hari ini terdapat wanita yang ingin menjadi khatib dan imam pada hari Jumaat sedangkan Allah, dengan kasih sayangnya, tidak mewajibkan solat Jumaat bagi wanita agar kaum wanita dapat memberikan fokus kepada perkara lain yang penting. Inilah antara cabaran bagi umat di akhir zaman. Agama hendak diubah, cara amalan nabi dan sahabat mahu dicabar ....

Oleh sebab kecemerlangan tidak dapat dipisahkan dari kebenaran, berdakwah bertujuan untuk menegakkan kebenaran di penjuru masing-masing mendekatkan kita kepada rahmat Allah. Dengan itu kehidupan kita menjadi sejahtera. (www.jim.org.my) - um

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami