Image hosted by Photobucket.com Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.. Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang berusaha ke arah quran sunnah.. "Kelak di hari kiamat akan dihadapkan al Quran dan ahlinya yaitu orang-orang yang mengamalkannya dipimpin oleh surah alBaqarah dan Al Imran(Riwayat Ahmad, Muslim)."Wasalam"

Monday, April 11, 2005

belaian ibu

Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records


lirik nasyid yang amat mendalam maknanya... bg insan yg kita sgt sayang... Tiada balasan setimpal utk ibu terhadap berjuta pengorbanan yg telah dicurahkan... semoga kita merenung kembali kesalahan yg mungkin telah kita lakukan terhadap ibu. samada sedar ataupun tidak. namun , ketika kita semua bergembira bersama keluaga mungkin ada insan yg berduka mengenangkan ibu yg telah tiada..... siapa tidak sayangkan ibu. semoga kita selalu berusaha mentaati ibu selagi mana perintah itu tidak bertentangan dgn perintah Allah....

1 Comments:

Blogger shahir said...

insyaAllah... back to u akim... selamat maju jaye dalam urusan dunia dan akhirat

11:53 PM  

Post a Comment

<< Home

Powered by Blogger

Search Islamic Directory
Keyword:
  • .:Beramal, amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Allah Tuhan kami
  • .:Allah matlamat kami
  • .:Al-Rasul ikutan kami
  • .:Al-Quran panduan kami
  • .:Beramal amal kerana Allah
  • .:Beramal kerana Allah itu syiar kami
  • .:Berjihad,jihad jalan kami
  • .:Mati dijalan Allah cita tertinggi kami