Kiamat yg tak menunggu sesiapa...
JANGAN KITA TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA
Posting untuk Mirul, some of these probably relevant
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini
Dan buatlah persiapan untuknya….
.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya)sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan
Akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat
Ibnu Majjah)
Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa
bumi"(Hadis Riwayat Bukhari)
Jikalau dilihat point ini quite relevant dengan situasi sekarang di Jepun, Indonesia selalu diberitakan dengan gempa bumi.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa
bumi"(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun
Kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina
Diantara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para
Sahabat terdahulu).Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah
Atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"(Hadis
Riwayat At-Tirmidzi)
Inilah sedikit sebanyak yang dapat aku postkan mungkin ade yg relevant dengan peristiwa kiamat yang Mirul nak… tapi yang paling penting kita mesti beringat kiamat ni dah hampir seperti yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w di mana jarak masa Baginda dengan kiamat ialah antara dua jari sahaja. So, kita dah sebenarnya makin lagi hampir… Bagus juga kite selalu ingat akan mati nie or ttg kiamat… sebab ia dapat menambah kan iman kita… dan takut kepada Allah… kita orang islam hendaklah wajib beriman kepada hari kiamat. Tapi kita perlu sentiasa beringat….. kita beriman kepada Allah s.w.t bukan sebab hari kiamat itu ttp kerana Allah itu sendiri… Dialah yang menciptakan kita dan maha mengetahui akan segala sesuatu… lastly my fren Mirul, amik la ape yg baik daripada posting nie… Masih belum terlambat lg utk kita lakukan sesuatu, tp once its gone, no turning back…
0 Comments:
Post a Comment
<< Home