Mati yg tak mengenal usia dan boleh berlaku bile2 mase shj
Akum,
Ibn Majah pernah berkata drpd Rasulullah s.a.w orang yg paling bijak di antara kamu ialah org yg selalu mengingati mati.... bile kite ingat akan kematian kite then kite akan selalu mengingati Allah (si samping membuat kerje dunia) lagipon org yg selalu mengigati akan kematian adalah org yg selalu berfikir utk hari akhirat dan ttg syurga dan neraka. Mereka berfikir lg jauh drpd ordinary people yg hanye nak memenuhi tuntutan dunia..ingatlah wahai teman, Dunia adalah sementara dan merupekan titian menuju ke dunia yg kekal abadi... Alangkah ruginye jike kite memilih dunia sedangkan Allah telah memberitahu dalam Alquran ttg ganjaran yg bakal diterima oleh penghuni syurga... Bidadari syurga adelah utk lelaki yg tunduk patuh pd perintahnye dan meninggalkan laranganye as well as menjalankan amal ma'ruf nahi munkar...
INi pule adelh etikan daripada Berita Harian 31 March 2005.. Semoga dengan peristiwa yg melanda akan mejadikan kite insan yg lebih bertaqwa kepade Nye... wslm
- Berita Nasional -
Gempa: Suami isteri terperosok dalam lubang tiga meter
Abdul Razak menunjukkan rumahnya di Kampung Cabang Dua, Kuala
Dipang, Kampar yang ranap akibat tanah mendap
dipercayai berpunca daripada gempa bumi di utara
Sumatera. – Gambar oleh Syaharim Abidin
KAMPAR: Sepasang suami isteri cedera selepas terperosok ke dalam lubang mendap yang turut meranapkan sebahagian rumah mereka, dipercayai akibat gempa bumi di utara Sumatera.
Kejadian itu berlaku di Kampung Cabang Dua, Kuala Dipang, dekat sini, kira-kira jam 12.40 pagi semalam.
Norsahrizan sempat jerit suruh
anak selamatkan diri.
Abdul Razak Samsudin, 44, yang bertugas dengan Telekom Malaysia di Ipoh dan isterinya, Norsahrizan Abd Mutalib, 45, terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira tiga meter dan dua meter lebar, ketika meluru keluar dari bilik tidur selepas mendengar bunyi pelik serta jeritan seorang daripada tiga anak mereka yang melihat kejadian lubang mendap itu.
Lubang mendap pertama itu betul-betul di hadapan pintu bilik mereka di tingkat bawah rumah dua tingkat, diikuti lubang mendap kedua yang meranapkan kereta mereka dan merosakkan sebahagian besar lantai serta dinding hadapan rumah.
Lubang ketiga sedalam lima meter dan 10 meter lebar merosakkan dapur dan bilik mandi. Tiga lagi lubang mendap termasuk yang bersambung dengan kawasan paya berlaku di belakang dan tepi rumah berkenaan.
Norsahrizan menerima tiga jahitan di betis kiri, cedera di ibu jari kaki sama serta kecederaan kecil lain di badan, manakala Abdul Razak cedera bawah tapak kaki.
Tiga anak mereka, Nurul Afikah, 10; Nurul Izah, 13, dan Nurul Hidayah, 14, bagaimanapun tidak cedera, manakala anak sulung pasangan itu, Nurul Farhana, 19, kini menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gegaran akibat gempa bumi di utara Sumatera yang berlaku kira-kira 30 minit sebelum itu, yang turut dirasai di banyak kawasan di negeri ini.
Sebelum ini, kejadian tanah mendap termasuk bersaiz kolam renang Olimpik berlaku kira-kira dua kilometer dari kawasan rumah mereka, juga selepas gempa bumi yang mengakibatkan tsunami pada 26 Disember lalu.
Abdul Razak ketika menceritakan detik cemas itu berkata, dia dan isterinya meluru keluar dari bilik apabila mendengar bunyi lantai bergegar dan retak selain pekikan Nurul Izah.
“Sebaik keluar dari bilik, kami terus jatuh dalam lubang yang mulanya pada paras dada dan menjadi semakin dalam. Dalam keadaan panik kami menjerit supaya anak kami menyelamatkan diri.
“Saya mengangkat dan menolak isteri saya keluar dari lubang itu. Selepas itu saya meminta Nurul Izah membuang kerusi ke dalam lubang untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, mendapan itu berlaku begitu pantas dan menyebabkan kerugian lebih RM70,000.
“Kami hanya sempat mengambil beberapa barang dan dokumen penting. Kami juga sempat mengalihkan sebuah kereta dan motosikal.
“Kami kini menumpang di rumah ibu bersebelahan rumah kami dan akan mencari rumah sewa,” katanya.
Norsahrizan yang bertugas di Hospital Batu Gajah lega kerana semua ahli keluarga mereka selamat dalam kejadian itu.
Sementara itu, Nurul Izah yang ditemui di rumah ibu saudaranya di Kampung Tersusun Batu 22, beberapa kilometer dari tempat kejadian berkata, dia menjerit sekuat hati apabila melihat jubin rumah retak diikuti pembentukan lubang.
“Selepas ibu bapa saya jatuh ke dalam lubang itu, lubang terus membesar, malah tanah sekelilingnya terus runtuh hingga saya terpaksa berundur.
“Ketika itu saya sedih melihat ibu bapa saya kerana saya sangka mereka akan tertimbus dalam lubang itu. Saya juga ngeri apabila melihat akar pokok dalam lubang itu,” katanya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home