Berlari dalam melakukan amal
Allah Ta'ala berfirman:
"Maka berlumba-lumbalah kamu semua untuk mengerjakan pelbagai kebaikan." (al-Baqarah: 148)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan bersegeralah kamu semua menuju pada pengampunan dari Tuhanmu dan juga memasuki syurga yang luasnya adalah seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." (ali-lmran: 133)
Dari Abu Sirwa'a, iaitu 'Uqbah bin al-Harits r.a., katanya: "Saya bersolat di belakang Nabi s.a.w. di Madinah yakni solat asar. Kemudian setelah bersalam lalu berdiri dengan tergesa-gesa, terus melangkah leher orang-orang ramai untuk menuju ke salah satu bilik isterinya. Orang-orang banyak yang takut kerena melihat tergesa-gesa beliau itu. Selanjutnya Nabi s.a.w. keluar lagi menemui sahabat-sahabatnya itu lalu mengetahui bahawa mereka itu benar-benar hairan kerena tergesa-gesa tadi. Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Saya ingat pada sepotong emas yang berada di tempatku, maka saya tidak senang kalau benda itu mengganggu fikiranku - untuk menghadap Allah Ta'ala. Oleh sebab itu saya menyuruh supaya benda tadi dibahagikan." (Riwayat Bukhari)
Dan disebutkan dalam riwayat Imam Bukhari yang lain demikian: "Saya meninggalkan di rumah sepotong emas dari hasil sedekah, maka saya tidak senang kalau sampai menyimpannya."
Petikan dari Riyadus Salihin...
Even, Rasulullah pesuruh Allah yg dah dijamin syurga... still bersegera dlm melakukan amalan baik,,, apatah lg kite yg tak ade sebarang jaminan lg utk syurga,,, Hopefully we can make an effort to follow islam., bukannye Islam will be forced to follow us...
Jazakallah..
2 Comments:
Insya-Allah ... mungkin saudara Shahir dapat senaraikan amal2 yang short term yang kita dapat2 buat sama2 ..... :)
banyak mende yg kite bulih buat mirul... maybe amalan wajib kite nak kene jage and improve , +++ perkara sunat ,,, i think u know rite? attend to majlis ilmu, as well as reading islamic stuffs .. nway, lotsa comments to answer =)haha
Post a Comment
<< Home